A- A A+

Pengambilan Tanah

Posted in Uncategorised

Soalan :
Bolehkah Pihak Berkuasa Negeri mengambil mana-mana tanah yang diperlukan untuk tujuan pengambilan tanah?

Jawapan :
Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana tanah untuk tujuan pengambilan:

a) Bagi apa-apa maksud/tujuan awam (public purpose)
-Tanah bermilik
-Tanah yang diduduki mengikut hak disisi adat.
-Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik.

b) Oleh mana-mana orang atau perbadanan(corporation) bagi apa-apa maksud yang memberi faedah untuk kemajuan Ekonomi Malaya.

c) Bagi maksud perlombongan, perniagaan, perindustrian atau maksud-maksud rekreasi.

 

Soalan  :
Sebelum permohonan pengambilan tanah apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh Agensi pemohon?

Jawapan :
-Pilih tapak 2 tahun sebelum laksanakan projek.
-Dapatkan ulasan dari jabatan teknikal.
-Semak butir-butir tanah (carian rasmi) persendirian.
-Permohonan di bawah S 3(1)a mengikut Pekeliling PTP 1/2003. Kementerian/Jabatan Badan Berkanun Pekeliling PTP 1/2005.

Permohonan di bawah S3(1)(b) dan (c) perlu dibuat kepada Pentadbir Tanah dengan mengunakan Borang 1 S3(2) Kaedah 3.
-Disertakan Pelan Lengkap.
-Sijil Carian Rasmi.
-Ulasan Jabatan Teknikal
-Pengambilan melalui S 4 atau S 8 Akta
-Perlu / tidak Borang 1

Permohonan S 3(1)(b)(c)
-Perlu disertakan.
-Kertas cadangan projek
-Pelan tata atur dan pelan pengambilan.
-Laporan permulaan penilaian kerja.
-Fee Aturan 37(1) Peraturan Tanah Kedah- bayaran permohonan RM200.00 setiap hakmilik.
-Deposit S 3(3) Jadual Ke 2 Kaedah 5.

Scan QR KOD

QRCODE

Media

Video_Audio_IconVIDEO | AUDIO

Jumlah Pelawat

53142
Hari IniHari Ini4
SemalamSemalam38
Minggu IniMinggu Ini115
Bulan IniBulan Ini745

Kemaskini Terakhir


Tarikh Kemaskini: 02-Aug-2017 12:15