A- A A+

Projek Address For All Daerah Langkawi

Posted in Berita Lagi

Langkawi mencipta sejarah sebagai daerah pertama di Semenanjung Malaysia menyiapkan inisiatif "Address for All". Sebanyak 786 rumah di Pulau Tuba telah siap dan sebanyak 15,013 rumah di 127 kampung di seluruh Pulau Langkawi akan dipasang plak alamat rumah yang teratur dan mempunyai QR Code mulai 3-14 Julai 2017 oleh Pos Malaysia. Projek ini merupakan salah satu inisiatif Langkawi Komuniti Pintar yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi kerjasama pintar Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah Langkawi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Pos Malaysia dan Komuniti Langkawi.  Maklumat terperinci mengenai projek Address for All seperti berikut :- 

 Mukim  Bilangan kampung  Bilangan rumah  
Kuah 32 2,302
Ayer Hangat 20 2,490
Ulu Melaka 23 2,938
Padang Matsirat 21 3,006
Kedawang 22 2,733
Bohor 9 1,544

Projek "Address for All" telah mula dilaksanakan di Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting pada November 2016. Sebanyak 16 kampung dan 786 buah rumah telah siap dipasang Plak nombor rumah. 

Majlis penyerahan plak nombor rumah kepada semua Pengerusi JKKK yang mewakili penduduk kampung telah diadakan di Pejabat Daerah Langkawi pada 3 Julai 2017 oleh YB Dato Hj Nawawi bin Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi. Turut hadir ilah Pegawai Daerah, Adun Kuah, Pengurus Pos Malaysia Kedah/Perlis, SKMM, Ketua-ketua Jabatan dan 87 orang pengerusi JKKK.  

Melalui projek ini Pejabat Daerah yakin penduduk di kawasan kampung akan menerima pelbagai faedah seperti alamat rumah yang sempurna, mudah dalam urusan surat menyurat, mudah menerima bantuan semasa kecemasan dan membolehkan mereka terlibat dalam aktiviti e-Dagang. 

 

 

Scan QR KOD

QRCODE

Media

Video_Audio_IconVIDEO | AUDIO

Jumlah Pelawat

53142
Hari IniHari Ini4
SemalamSemalam38
Minggu IniMinggu Ini115
Bulan IniBulan Ini745

Kemaskini Terakhir


Tarikh Kemaskini: 02-Aug-2017 12:15