A- A A+

Obor Sukan Sea 2017 diarak di Langkawi

Posted in Berita Lagi

LANGKAWI 18 Jun – Larian Obor sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke­sembilan, Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Tiba di Langkawi petang semalam setelah menamatkan penjelajahan di Perlis diarak dalam larian melalui Pantai Cenang malam tadi.

Pegawai Daerah Langkawi, Isahak Murat berkata kira-kira 200 orang peserta bergilir-gilir membawa obor berkenaan dalam larian sejauh lima kilometer itu bermula jam 10 malam. "Larian bermula dari Resort World Langkawi sehingga ke Telaga Walk Cenang sebelum obor ini dibawa balik ke Resort World Langkawi untuk dipamerkan kepada umum," katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum itu, beluai menerima obor berkenaan daripada 20 peserta larian dari daerah Kubang Pasu, Kedah yang diketuai Mohd Azhar Abdullah, yang merupakan Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Isahak berkata obor itu diarak menggunakan kereta kabel dari Oriantal Village ke Puncak Gunung Mat Chincang hari ini seterusnya obor itu diserahkan kepada wakil Daerah Kota Setar disana. 

Sumber : - Bernama 

 PDL 6774PDL 6621PDL 6829PDL 6904PDL 7177

 

Scan QR KOD

QRCODE

Media

Video_Audio_IconVIDEO | AUDIO

Jumlah Pelawat

56230
Hari IniHari Ini77
SemalamSemalam74
Minggu IniMinggu Ini203
Bulan IniBulan Ini762

Kemaskini Terakhir


Tarikh Kemaskini: 29-Nov-2017 14:19