A- A A+

Sejarah Pentadbiran

Posted in Uncategorised

Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi merupakan sebuah pusat pentadbiran yang terpenting di Daerah Langkawi. Pegawai Daerah bertanggungjawab secara keseluruhannya kepada semua unit atau jabatan yang berkaitan dengan daerah dan tanah. Semua peruntukkan disalurkan terlebih dahulu kepada pejabat daerah dan tanah sama ada peruntukkan pembangunan daripada kerajaan negeri dan sebagainya. Secara umumnya, Pejabat Daerah Dan Tanah merupakan sebuah pentadbiran yang utama di Daerah Langkawi.

SEJARAH PENTADBIRAN

  • Pejabat Tanah Langkawi merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal-ehwal tanah di daerah ini.
  • Keharmonian, kemajuan dan kemakmuran menjadi fokus utama Pejabat Tanah Langkawi dalam mengurus pembangunan tanah supaya ianya dijalankan secara teratur dan terancang serta menepati kehendak-kehendak peraturan dan undang-undang sedia ada.
  • Pengurusan yang cekap dan mesra menjadi agenda utama Pejabat Tanah Langkawi bagi memastikan khidmat yang diberi sentiasa memenuhi kehendak pelanggan selain dapat memastikan kutipan hasil yang terbaik di daerah ini.
  • Pengukuran pencapaian prestasi dan tahap perkhidmatan sentiasa dilakukan dengan menggunakan pelbagai mekanisme pengukuran keperluan dan kepuasan pelanggan. Contohnya penyediaan peti cadangan dan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada setiap bulan.
  • Urusan berkaitan tanah seperti permohonan tanah, lesen menduduki sementara, pindah hak milik, dan gadaian disegerakan bagi memenuhi kehendak piagam pelanggan yang ditetapkan.
  • Juga memastikan hasil tanah sentiasa meningkat dan mencapai sasaran dengan pendekatan dan strategi kreatif dan inovatif. Contohnya mengadakan kutipan luar sebulan sekali dengan kerjasama penghulu-penghulu mukim.
  • Penglibatan kakitangan dalam segala aktiviti bagi menyalurkan idea untuk penambahbaikan sistem pengurusan merupakan salah satu usaha yang dijalankan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada.
  • Justeru pembangunan sumber manusia melalui latihan yang komprehensif telah berjaya melahirkan knowledge workers dalam pelbagai bidang.Keperluan untuk menghadiri kursus maksimum selama 7 hari setahun adalah sebahagian sasaran kerja tahunan (SKT) kepada semua pegawai dan kakitangan.

Scan QR KOD

QRCODE

Media

Video_Audio_IconVIDEO | AUDIO

Jumlah Pelawat

53142
Hari IniHari Ini4
SemalamSemalam38
Minggu IniMinggu Ini115
Bulan IniBulan Ini745

Kemaskini Terakhir


Tarikh Kemaskini: 02-Aug-2017 12:15